Pada 9 dan 10 November 2021, Cawangan Arkitek selaku Urusetia Induk telah menganjurkan Mesyuarat Arkitek Kanan JKR Malaysia 2021 di Dewan Golden Chersonese, Maju Junction, Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut telah sempurna dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan telah dihadiri oleh 100 orang Arkitek Gred J48 dan ke atas dari JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Kader.
Di antara agenda utama mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:
1.Ucapan Aluan oleh YBrs. Ar. Ibrahim bin Isa, Pengarah Kanan Cawangan Arkitek selaku Ketua Disiplin Arkitek JKR Malaysia.
2.Ucapan Perasmian oleh Ybhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya
3.Penyampaian Anugerah Reka Bentuk Terbaik (ART ) PAP 3.0
4.Penyampaian Anugerah Sustainable Architecture Design Award (SADA)
5.Pelancaran Dokumen :
- PAP Siri 2 Edisi 4
- Health Facility Architectural Needs Statement : 2020 Edition
- Penilaian Skor Aksesibiliti Kemudahan Infrastruktur JKR
- Laporan Tahunan 2020-2021 Cawangan Arkitek
- Coffee Table Book – PKRC Maeps : Experience & Challenges through Covid-19 Pandemic
6. Sesi bergambar rasmi
7. Lawatan VIP/VVIP ke Booth Pameran & Penyampaian Sijil Penyertaan
8. Sesi Ceramah Jemputan yang bertemakan :
- Kepimpinan oleh En. Arifin Bin Hassan
- Inspirasi oleh Ybhg. Tan Sri Dato’ Sri Ar. Tpr. Haji Esa Bin Haji Mohamed
- Motivasi oleh Ybhg. Ar. Prof. Dato’ Sri Dr. Amer Hamzah Bin Mohd Yunus
- Integriti oleh Tn. Nik Syuharul Apizo Safien
9. Sesi Perkongsian Ilmu yang membincangkan perkara-perkara berkaitan :
- Konsep Reka Bentuk Sekolah Modul oleh Ar. Nazaruddin bin Muhammad
- The Effect of Mosque Main Roof Design Toward Thermal Comfort at The Prayer Hall based on Natural Ventilation Approach oleh En. Muhammad Zaki bin Abd. Manaf
- Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Covid-19 (PKRC) MAEPS 1.0 & 2.0 : Experience & Lessons’ Learnt oleh Pn. Rahawiah binti Shafiei
10.Pelan Pembangunan Kerjaya SME & Jawatan Strategik
11.Sesi Dialog, Rumusan dan Penutup
Ketua Disiplin Arkitek mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Urusetia yang terlibat dan para Arkitek Kanan yang telah menghadiri serta menjayakan Mesyuarat Tahunan Arkitek Kanan JKR Malaysia ini demi kepentingan dan kecemerlangan Disiplin Arkitek JKR pada masa hadapan.
- 1224 bacaan