Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. NARIMA HANIM BT ZAINAL ABIDIN, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 1,JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 17 Mac 2022.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek (J41) ,pada 16 Jun 1995. Beliau telah berkhidmat hampir 26 tahun dan 9 bulan dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
- Tahun 1995-1999: Arkitek (J41), Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu Sabah.
- Tahun 2000-2005: Arkitek (J41), Bahagian Arkitek, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak.
- Tahun 2005-2007: Arkitek (J44), Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan
- Tahun 2007-2008: Arkitek (J48), Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya Malaysia
- Tahun 2008-2011: Arkitek Kanan (J48), Unit Rekabentuk Fasiliti Kesihatan 2, Cawangan Arkitek, Jabatan Kerja Raya Malaysia
- Tahun 2011-2017: Arkitek Penguasa (J52), Unit Rekabentuk Fasiliti Bangunan 2, Cawangan Arkitek, Jabatan Kerja Raya Malaysia
- Tahun 2017-2022: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Bahagian Pengurusan Projek 1, Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Jabatan Kerja Raya Malaysia
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;
a) Kelayakan Profesional
- Ahli Graduan Lembaga Arkitek Malaysia – AG/N99
b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- Ahli Tetap Anggota Jawatankuasa Penilaian Perlantikan Perunding (JPP) Cawangan Arkitek
- Ahli Jawatankuasa arahan Perubahan Kerja peringkat CKBA1
- Ahli Jawatankuasa Lanjutan Masa peringkat CKBA1
- Pengerusi Jawatankuasa Spesifikasi sebutharga perkhidmatan sewaan mesin penyalin dan caj bacaan meter bagi CKBA1
- Ahli Jawatankuasa Perolehan melalui kontrak (PMK) bagi projek-projek CKBA1 bagi tempoh 2020 hingga 2022.
- Ahli Jawatankuasa e-Perolehan sebutharga “B” bagi perolehan perkhidmatan pencetakan dokumen kontrak.
- Ahli Jawatankuasa Program Intenvensi CKBA1.
- Pegawai tadbir aplikasi system pengurusan perolehan dan pemantauan kerja (S3PK) bagi perolehan sebutharga di peringkat negeri dan daerah.
- Wakil JKR bagi Ahli Jawatankuasa Perolehan “B” di Kementerian Penerangan, Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dari 2010 – 2012.
- Wakil JKR bagi Jawatankuasa Teknikal SIRIM dari 2010 – 2012.
c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
- Ahli Graduan Pertubuhan Arkitek Malaysia.
- Associates member International Council on Monuments and Sites Malaysia (ICOMOS).
d) Penghargaan dan Pengiktirafan
- Pingat Ahli Mahkota Perak (AMP) 2006
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada Jabatan Kerja Raya khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Narima Hanim binti Zainal Abidin dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.
Selamat Bersara.
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"
- 1111 bacaan