Date: Selasa, March 29, 2022 






Majlis Penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan bagi Projek Cadangan Menaiktaraf Pusat Latihan Kemas (PLK) Kepala Batas, Pulau Pinang telah diadakan pada 28 Mac 2022 (Isnin) yang telah disempurnakan YBrs. Tuan Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid, Pengarah JKR Pulau Pinang kepada Ybhg. Tuan Abdul Kahar Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Dan Pembangunan KEMAS Malaysia
Majlis tersebut telah diadakan di dewan Pusat Latihan Kemas pada jam 12.30 tengah hari di mana dokumen penyerahan ditandatangani oleh Jurutera Daerah JKR SPU yang juga Pegawai Penguasa, Ir. Mohd Zuwairi Bin Samsuddin mewakili Jabatan Kerja Raya dan YBhg. Tuan Abdul Kahar Bin Abdullah, mewakili pihak pelanggan. Majlis disusuli dengan penyerahan replika kunci dan upacara memotong riben oleh YBrs. Tuan Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid bersama Ybhg. Tuan Abdul Kahar Bin Abdullah sebagai simbolik penyerahan bangunan. Program penyerahan ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada JKR Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA 2), Bahagian Pembangunan Kemas Ibu Pejabat, Bahagian Latihan & Pembangunan Profesional KEMAS Ibu Pejabat, KEMAS Negeri Pulau Pinang, Wakil-Wakil Pegawai Penguasa serta kontraktor utama.
Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman, Cawangan Kerja Bangunan Am 2 dilantik selaku Head of Project Team (HOPT) dan projek diselia oleh Jurutera Daerah JKR Seberang Perai Utara selaku Pegawai Penguasa. Pasukan perekabentuk Head of Design Team (HODT) pula terdiri daripada Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Cawangan Kerja Geoteknik, Cawangan Kerja Elektrik, Cawangan Kerja Mekanikal dan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan.
Projek ini telah telah dilaksanakan oleh kontraktor Ikhtisas Mulia Sdn Bhd bermula pada 28 Januari 2020 dan telah berjaya disiapkan pada 27 Januari 2022. Skop utama projek ini melibatkan kerja-kerja meroboh bangunan sedia ada dan pembinaan bangunan baru 3 tingkat yang menempatkan tabika, taska, bilik kakitangan dan bilik kuliah serta kerja-kerja luar bangunan.
Projek ini juga berjaya disiapkan secara 3 dalam 1 iaitu:
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
- Penyiapan As-Built Drawing dan Operation & Maintenance Manual
- Statement of Final Account (SOFA)
Syabas diucapkan kepada pihak kontraktor projek kerana telah berjaya merealisasikan projek ini serta diserahkan kepada pihak pelanggan dengan sempurna dan teratur. Adalah menjadi harapan agar pihak kontraktor dapat mengekalkan momentum untuk meneruskan tanggungjawabnya di sepanjang tempoh tanggungan kecacatan selama 1 tahun dari tarikh siap kerja.
Setinggi- tinggi penghargaan kepada Bahagian Pembangunan KEMAS Malaysia, Cawangan Kerja Bangunan Am 2, JKR Pulau Pinang, JKR Seberang Perai Utara, serta semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan pelaksanaan Projek Cadangan Menaiktaraf Pusat Latihan Kemas (PLK) Kepala Batas, Pulau Pinang ini.








- 1250 bacaan