PUTRAJAYA, 17 November 2022 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Autodesk ASEAN bagi menjalinkan persefahaman dalam Transformasi Pendigitalan Kitar Hayat Pengurusan Aset Menyeluruh Melalui Adaptasi Pembangunan Model Berinformasi (BIM).
Perjanjian ini telah ditandatangani oleh YBrs. Sr Amran bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dan Serene Sia, Pengarah Urusan, Autodesk ASEAN. Upacara menandatangani perjanjian tersebut juga turut disaksikan oleh YBhg. Dato' Zahrul Hakim Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar dan Pembangunan), Kementerian Kerja Raya Malaysia.
Jalinan kerjasama strategik di antara JKR Malaysia dan Autodesk ASEAN merupakan salah satu usaha jabatan untuk mentransformasikan pengurusan aset secara menyeluruh secara digital dalam projek-projek kerajaan selaras dengan Dasar Pembinaan Negara 2030. Ia juga adalah bertepatan dengan aspirasi kerajaan dalam memacu transformasi digital sektor awam untuk menjadi kerajaan digital dengan memanfaatkan integrasi teknologi terkini seperti BIM, Industrialised Building System (IBS) dan Geographical Information System (GIS).
This MOU is one of JKR initiatives in JKR Business Plan 2021 – 2025; which is to collaborate with other organization or academician to ensure the adaptation of BIM synchronized and fully utilized in the construction industry.
- 1560 bacaan