Date: Isnin, Januari 2, 2023

1.

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia sedang bercuti sakit mulai 08 Disember 2022 dan masih menerima rawatan di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Noreha binti Nordin diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan, Cawngan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Noreha binti Nordin berkuatkuasa 08 Disember 2022 sehingga YBrs. Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik Kembali bertugas.

 

2.

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH, CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Haji Abd. Rahman bin Pandi, Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah bersara wajib pada 01 Januari 2023. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Kaniah binti Ambak diarah menjalankan tugas sebagai Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan disarmping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Kaniah binti Ambak berkuat kuasa pada 03 Januari 2023 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

 

3.

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH, JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Haji Md Ridzwan bin C. Chik, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu telah bersara wajib pada 01 Januari 2023. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim diarah menjalankan tugas sebagai Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan disamping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim berkuat kuasa pada 01 Januari 2023 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.