Sukacita dimaklumkan bahawa produk inovasi Tongue & Groove Shaped Concrete Drain yang dihasilkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kemaman, Terengganu telah disahkan dua (2) hak pemilikan Harta Intelek di bawah kategori Reka Bentuk Industri (ID) pada 13 Oktober 2022 dan 4 November 2022 oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Kumpulan pereka cipta dari JKR Daerah Kemaman, Terengganu telah mereka cipta inovasi yang merupakan produk untuk mengatasi masalah sambungan longkang yang sering retak dan pecah serta menghasilkan penyelesaian inovatif bagi memenuhi keperluan dan spesifikasi kerja-kerja pemasangan longkang konkrit. Produk ini merupakan penambahbaikan kepada bentuk dan konfigurasi (shape and configuration) keatas produk Tongue & Groove Shaped Concrete Drain yang telah disahkan hak pemilikan Harta Intelek di bawah kategori Pembaharuan Utiliti (UI).
TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada pereka cipta Tongue & Groove Shaped Concrete Drain:
- Ir. Faizan binti Ismail;
- Mohd Norhisham bin Ismail;
- Suhaidah binti Abu Bakar;
- Faizi binti Wahab;
- Fatimah binti Mohd Amin
- Zahurah binti Zubir;
- Azrin bin M. Ami;
- Mohd Azizuddin bin Omar;
- Mohd Khairul Azwan bin Awang; dan
- Mohd Sabri bin Abdul Rahman.
- 1105 bacaan