Date: Khamis, November 2, 2023

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah menganjurkan program Bicara Inovasi Bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya pada 19 Oktober 2023, bersempena dengan program Hari Profesion Teknikal Negara 2023.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memahami dan menghayati isu-isu serta cabaran inovasi dalam industri tempatan, khususnya dalam sektor pembinaan. Di samping itu, bicara inovasi ini juga akan membincangkan strategi serta inisiatif yang boleh diambil, bagi menyemarak dan memperkasakan pelaksanaan inovasi dan pengadaptasian teknologi baharu di negara kita. Program ini berkonsepkan bual bicara yang menampilkan seorang moderator dan empat (4) orang panel jemputan seperti berikut:

Panel:

  • YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya
  • YBhg. Datuk Ketua Pengarah Kerja Raya
  • YBhg. Datuk Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
  • YBrs. Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Perindustrian), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM)

Moderator:

YBrs. Timbalan Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

 

Program ‘Bicara Inovasi Bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya’ yang bertemakan ‘Profesion Teknikal Pemacu Pembangunan Malaysia Madani: Isu dan Cabaran Inovasi’, merupakan program yang buat julung kalinya dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Teknologi dan Kejuruteraan JKR (CREaTE) bersempena dengan sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN). Pelaksanaan program ini adalah bertepatan dengan teras ketiga dasar kepemimpinan negara Malaysia Madani iaitu Daya Cipta, dengan harapan agar program ini akan menjadi pemangkin dalam memupuk kreativiti dan inovasi di kalangan warga profesion teknikal untuk menghasilkan produk inovasi yang berkualiti seiring dengan teknologi semasa bagi menyokong industri pembinaan tempatan.

Diharapkan agar program ini akan dapat memberikan impak yang besar terhadap pelaksanaan inovasi sama ada dalam sektor awam mahu pun sektor swasta, di samping dapat mencetus tindakan penyelesaian melalui strategi dan pelan tindakan bagi memperkasa inovasi di negara kita. Dengan sokongan dan aspirasi yang akan dikongsikan oleh pengurusan tertinggi daripada Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya dan Pusat Pengajian Tinggi, ianya akan dapat memberi galakkan kepada warga profesion teknikal dalam menyemarakkan budaya inovasi dan penghasilan produk-produk inovasi yang berkualiti tinggi khususnya untuk industri pembinaan negara.

bual bicara ksu kkr

bual bicara ksu kkr

bual bicara ksu kkr

bual bicara ksu kkr

bual bicara ksu kkr

bual bicara ksu kkr