Date: Rabu, Januari 3, 2024

2 Januari 2024 - Bertempat ditingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek-projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dilaksanakan oleh Cawangan Jalan, JKR Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan, Cawangan Jalan.

Sebanyak dua (2) Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan Surat Setuju Terima (SST) telah dilaksanakan  seperti berikut:

1. Jalan & Jambatan Baru Alor Ganu/ Alor Madi / Titi Gajah, Kota Setar, Kedah kepada Berkat Sejati Unggul Sdn. Bhd.

2. Pembinaan Jalan Masuk Dari Simpang Ladang Serasa Ke Kg. Lulut, Mukim Kuala Sungai, Kelantan kepada Kubang Batang Puspa – Sari Sdn. Bhd.

Majlis turut dihadiri oleh wakil Kementerian Pelanggan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, HOPT iaitu Bahagian Pengurusan Projek Luar Bandar, Cawangan Jalan dan wakil HODT yang terlibat. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan.

sst kkdw

sst kkdw

sst kkdw

sst kkdw

sst kkdw

sst kkdw