Date: Selasa, Februari 13, 2024

Satu Lawatan Penanda Aras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ke Menara Kerja Raya (Blok G), Jabatan Kerja Raya Malaysia telah diadakan pada 7 Februari 2024. Lawatan kerja yang dihadiri seramai lapan (8) pegawai LLM diketuai oleh Ir. Dr. Mohammed Ridzuan bin Jahidin, Pengarah Wilayah Tengah, Lembaga Lebuhraya Malaysia. Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara langsung kejayaan  pelaksanaan  KKP di Jabatan Kerja Raya Malaysia selaku Jabatan Terbaik KKP di peringkat negara pada tahun 2022.oleh Majlis Negara Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP).

Satu sesi taklimat yang dipengerusikan oleh Lt. Kol Bersekutu (PA) Ir. Haji Abdul Rani bin Harun, Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat selaku Setiausaha JKK Premis Menara Kerja Raya (Blok G) telah diadakan bagi berkongsi pencapaian dan pelaksaaan KKP secara khususnya. Lawatan ke aras yang terpilih juga telah diadakan bagi melihat secara fizikal pelaksanaan KKP di Menara Kerja Raya (Blok G).

Semoga lawatan dan pertukaran idea antara pegawai JKR Malaysia dan pegawai LLM ini akan meningkatkan lagi jalinan kerjasana yang erat dalam meningkatkan nilai tambah amalan KKP dan perkongsian bijak dalam pengurusan jabatan khususnya di bawah satu  bumbung KKR bersama.