Majlis Penyerahan Dua Belas (12) Projek Siap JKR WP Kuala Lumpur telah diadakan pada 15 Mei 2024 (Rabu) bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya.
Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya dan YBhg. Dato’ Ir. Haji Norman bin Haji Md Rabani, Pengarah JKR WP Kuala Lumpur. Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Dato’ Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya yang menjalankan tugas KPKR.
Keseluruhan projek-projek yang telah siap ini bernilai RM57.48juta yang melibatkan skop pembinaan bangunan tambahan, kerja menaiktaraf bangunan, penggantian sistem mekanikal (sistem lif dan sistem penyaman udara berpusat) serta kerja-kerja pembaikan cerun.
6 daripada 12 projek berkenaan dapat disiapkan lebih awal daripada tarikh siap kontrak. Projek-projek siap adalah seperti berikut:
- Kerja Penggantian Baharu Sistem Lif Parkir Di Menara Dan Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Projek siap awal 105 hari.
- Ubahsuai Dalaman Bangunan Aswara. Projek siap awal 31 hari.
- Menaiktaraf Sistem Pembentungan Kampus, Sisa Kimia Dan Sisa Pepejal Di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Projek siap awal 18 hari.
- Pembaikan Cerun Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Petaling, Kuala Lumpur. Projek siap awal 2 hari.
- Penggantian Sistem Penyaman Udara Berpusat Di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur. Projek siap awal 2 hari.
- Penggantian 2 Buah Lif Penumpang Di Pejabat Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Jalan Cenderasari. Projek siap awal 1 hari.
- Naiktaraf Institut Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur
- Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kampus Kuala Lumpur
- Kerja-Kerja Pembaikan Di Bangunan Menara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Blok D, Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur
- Kerja-Kerja Pembaikan Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) Air Panas, Kuala Lumpur
- Kerja-Kerja Pembaikan Dan Penyelenggaraan Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras Kuala Lumpur
- Kerja-Kerja Membaikpulih Bangunan Makmal Bahagian Perkhidmatan Makmal (BPM), Jabatan Pertanian Malaysia di Jalan Gallagher Dan Jalan Sultan Salahuddin, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
JKR WP Kuala Lumpur selaku Pegawai Penguasa menzahirkan setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan 12 projek ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kementerian pelanggan antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memberikan kepercayaan serta kerjasama penuh kepada pihak JKR WP Kuala Lumpur, khususnya dalam fasa penyeliaan tapak sehingga projek dapat disiapkan dengan jayanya.
- 1589 bacaan