Date: Jumaat, Mei 17, 2024

15 Mei 2024 – Satu Mesyuarat Libat  Urus  bersama pihak  TNB  (Grid Division) dan JKR Malaysia berkaitan Pelaksanaan Kerja Berhampiran Menara dan  Di Dalam Jajaran Izin Lalu Talian Penghantaran Voltan Tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB)  bertempat di bilik mesyuarat Tingkat  5, Blok F, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra).

Turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ir. Azmi Bin Md Yusof, Chief Grid Officer dan pasukan TNB, Grid  Division ,YBrs. Ir. Rozita Mat Senapi  Pengarah Pembinaan Pengurusan Projek Khas Jalan JKR, Pegawai Undang-Undang Kementerian Kerja Raya , Wakil ICU JPM, dan pasukan daripada Bahagian Pengambilan Tanah dan Utiliti, Cawangan Jalan JKR

Tujuan mesyuarat libat urus  ini diadakan adalah bagi mendapat persetujuan bersama keperluan Letter Of Undertaking & Imdenity (LOUI) sebelum Permit To Work (PTW) terhadap pelaksanaan kerja-kerja berhampiran Menara dan di Dalam Jajaran Izin Lalu Talian Penghantaran Voltan Tinggi bagi projek seliaan JKR di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan juga Rancangan Malaysia RMKe-12 yang mendapat pengecualian daripada pihak ICU JPM  terhadap pemakaian Garis Panduan Utitli RMKe-12 kepada Garis Panduan Utiliti RMKe-11 dan  hasil daripada mesyuarat libat urus ini telah mendapat persetujuan bersama demi kelancaran pelaksanaan projek dan pembangunan negara. Selain daripada itu mesyuarat libat urus ini juga membincangkan hala tuju bersama TNB dan JKR dalam penambahbaikan isu berkaitan utiliti di masa hadapan.

Adalah diharapkan mesyuarat libat urus ini dapat dijadikan satu platform yang efektif dalam memperkasakan pelaksanaan projek.