Pejabat Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima pengiktirafan 5 Bintang dan mendapat sijil Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia (CGSO) sempena Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan 2024 telah diadakan pada 28 Mei 2024 (Selasa) bertempat di Dewan Damar Sari 1, 2 & 3, Putrajaya.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Program Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan merupakan tanggungjawab rutin pejabat CGSO yang dilakukan setiap 2 tahun.
Objektif utama pelaksanaan Anugerah Khas ke atas agensi-agensi Kerajaan adalah menilai dan mengukur prestasi bagi memastikan penyampaian sistem pengurusan keselamatan perlindungan pada tahap yang cemerlang, memberi pengiktirafan ke atas tadbir keselamatan perlindungan yang terbaik dan menggalakkan pembudayaan persekitaran sistem pengurusan keselamatan perlindungan yang kondusif.
Aspek penilaian Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan terbahagi kepada 4 komponen utama iaitu dasar keselamatan perlindungan, keselamatan fizikal, Keselamatan rahsia rasmi, rahsia rasmi dalam persekitaran ICT, keselamatan peribadi dan pengurusan kesinambungan perkhidmatan.
- 1211 bacaan