Majlis Penyerahan Anugerah JKR Malaysia telah diadakan sempena Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia Tahun 2024 pada 27 Mei 2024 (Isnin) yang bertempat di Hotel KSL Esplanade, Klang, Selangor. Majlis yang bertemakan #KitaJKR: Teguh Berdiri, Memenuhi Harapan telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan.
Sebanyak dua belas (12) kategori anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah JKR Malaysia yang melibatkan Anugerah Inovasi JKR Malaysia dan Anugerah Kontraktor Cemerlang. Senarai anugerah adalah seperti berikut:
- Anugerah Inovasi JKR Malaysia
- Pengurusan JKR Terbaik;
- Pengurusan JKR Negeri Terbaik;
- Pengurusan JKR Daerah Terbaik;
- Pengurusan Pembinaan Terbaik bagi Kos Projek RM500 Ribu hingga RM20 Juta; dan
- Pengurusan Pembinaan Terbaik bagi Kos Projek Melebihi RM20 Juta.
- Anugerah Kontraktor Cemerlang
- Bangunan;
- Infrastruktur;
- Mekanikal dan Elektrikal;
- Sub-Kontraktor Dinamakan;
- Pengurusan Fasiliti Bangunan;
- Pengurusan Trafik Tapak Bina Bagi Projek Jalan;
- Pembinaan Lestari;
- Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Buat julung kalinya, Anugerah Khas YB Menteri Kerja Raya telah diperkenalkan bersempena SOC pada tahun ini. Anugerah Khas YB Menteri Kerja Raya ini telah dianugerahkan kepada JKR Negeri Perlis.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang Anugerah JKR Malaysia Tahun 2024.
Senarai keputusan penuh penerima Anugerah JKR Malaysia 2024
- 2253 bacaan