Date: Khamis, Mei 30, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HANIZAN BINTI SHAFFII yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 30 Mei 2024.

Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Kerja Raya sebagai Jurutera Elektrik(Tetap) A(11) di JKR Cawangan Kerjuruteraan Elektrik pada 16 Mei 1991, manakala penempatan terakhir adalah sebagai Pengarah Kanan di Cawangan Kejuruteraan Elektrik. Beliau telah berkhidmat selama 33 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1991-1996:  Jurutera Elektrik(Tetap)(A11), Cawangan Kejuruteraan Elektrik
  2. Tahun 1996-2003: Jurutera Elektrik(Tetap)(A11), Cawangan Kejuruteraan Elektrik
  3. Tahun 2003-2009: Penolong Pengarah Kanan(J48), Cawangan Kerja Bangunan Am
  4. Tahun 2009-2011: Ketua Penolong Pengarah(J52), Cawangan Kerja Bangunan Am 1
  5. Tahun 2011-2019: Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kejuruteraan Elektrik
  6. Tahun 2019-2022: Pengarah Khidmat Pakar (JUSA C), Cawangan Kejuruteraan Elektrik
  7. Tahun 2022-2024: Pengarah Kanan(JUSA B), Cawangan Kejuruteraan Elektrik

Beliau juga telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan sepanjang puluhan tahun perkhidmatan. Antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  • Berdaftar Dengan Lembaga Jurutera Malaysia Sebagai Jurutera Professional (PEPC)
  • Asean Chartered Professional Engineer (ACPE)

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Peneraju tema 5 pelan strategik JKR
  • Jawatankuasa penilaian subject matter expert
  • Jawatankuasa eksekutif dan pembangunan lembaga penasihat create
  • Jawatankuasa kerja kecekapan tenaga dan tenaga boleh baharu
  • Pengurus program produk inovasi jkr i supervision
  • Pengurus program produk inovasi Electric Vechile Conversion (EVC)
  • Pengurus program penyelarasan smart traffic light di seluruh malaysia
  • Jawatankuasa penilaian pensijilan  kompetensi teknikal JKR (disiplin elektrik)

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Jawatankuasa National Standard Committee On Generation, Transmition & Distribution Of Energy di Jabatan Standard Malaysia.
  • AJK Engineering Technology Acreditation Council (ETAC) – Lembaga Jurutera Malaysia
  • Ahli MAPMA (Malaysia Asset And Project Management Association)

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Paduka Setia Mahkota Kelantan – Al Ibrahim Iii
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR), Tahun 2002
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR), Tahun 2006
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR), Tahun 2018

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia sekali lagi mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas keringat, tenaga serta idea dalam memastikan kelangsungan visi dan misi jabatan. Semoga YBrs. Ir. HANIZAN BINTI SHAFFII dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"