Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Penyiapan Baki Kerja Cadangan Pembinaan Bangunan Akademik Di KUIS, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor Darul Ehsan telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Jun 2024 (Khamis).
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor YBrs. Tn. Ir Mohd Zawawi Bin Zakaria selaku Pegawai Penguasa projek kepada Dato' Profesor Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Naib Canselor UIA mewakili pihak pelanggan. Turut menyaksikan upacara tersebut adalah En. Muhammad Fathi Bin Zainal Bahrin, Jurutera Bahagian Pengurusan Projek, Majlis Agama Islam Selangor dan En. Zulhizzam Bin Hamzah, Pendaftar KUIS.
Sesi penyerahan ini turut dihadiri oleh Timbalan Dekan, Pen. Pengarah, Ketua Jabatan, Pegawai Kanan, Wakil JKR Negeri Selangor, Pasukan Projek JKR Negeri Selangor, Pasukan Projek JKR Daerah Hulu Langat, pihak perunding serta kontraktor yang dilantik dan semua pasukan projek yang terlibat.
Tarikh Milik Tapak projek ini adalah pada 15 September 2022 dengan kos keseluruhan asal projek ini berjumlah RM 18,368,212.50. Projek ini telah disiapkan pada 9 Jun 2024, dengan skop utama melibatkan penyiapan baki kerja dan pembaikan bangunan Akademik termasuk kerja wang kos prima bagi kerja elektrik dan mekanikal.
Projek yang pernah tertangguh ini asalnya dijangka siap pada Tahun 2020. Walau bagaimanapun beberapa cabaran dan isu telah berlaku terutama kesan daripada Covid-19 menyebabkan ianya tergendala. Lantikan semula kontraktor baharu dibuat pada tahun 2022 untuk menyambung kerja-kerja berbaki dan telah dapat disempurnakan dalam tempoh 18 bulan.
Setinggi tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu sepanjang tempoh pembinaan bagi menjayakan penyiapan projek ini sebagaimana mengikut keperluan kontrak.
- 930 bacaan