Date: Rabu, Julai 31, 2024

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek Kerja-Kerja Pemuliharaan Dan Menaiktaraf Bangunan Dan Dewan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Sekolah Kebangsaan King Edwards Vii (1), Taiping, Perak telah diadakan pada 30 Julai 2024 (Selasa) di Aras 6, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Majlis ini disempurnakan oleh YBrs. Ir. Jayanti A/P J. Thangam, yang Menjalankan Tugas Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, YBrs. Ir. Muhammad Hambali Bin Ab Ghani, Jurutera Daerah Larut, Matang Dan Selama, YBrs. Ir. Ts. Fadzilah Binti Sulaiman, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Fasiliti Bangunan Pendidikan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, serta pasukan projek HOPT, HODT dan Arup Jururunding Sdn. Bhd.

Majlis dimulakan dengan sesi penyerahan Surat Setuju Terima kontraktor Wangsa Delima Sdn. Bhd. diikuti penyerahan surat Pelantikan Pegawai Penguasa kepada YBrs. Ir. Muhammad Hambali Bin Ab Ghani, Jurutera Daerah Larut, Matang Dan Selama.

Bangunan Warisan yang telah berusia 140 tahun ini telah diluluskan untuk pelaksanaan projek di bawah Bahagian Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan Malaysia (BPA, KPM) pada Mac 2024 dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai agensi pelanggan dan Sekolah Kebangsaan King Edwards VII (1) selaku pengguna. Objektif pelaksanaan projek ini ialah melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan dan menaiktaraf bangunan warisan Blok 106 (Bilik Darjah) dan Blok 106A (Dewan) dan lain-lain kerja yang berkaitan

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama pasukan HOPT Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Konservator Cawangan Arkitek dan pasukan HODT dari Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan dalam merealisasikan harapan dan objektif projek ini. Semoga projek ini dapat disiapkan dengan jayanya mengikut kos, kualiti dan tempoh yang ditetapkan serta mematuhi Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) selaras dengan aspirasi Pembangunan Negara.