Date: Jumaat, September 6, 2024

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi projek daif selangor (2020) - pembinaan 4 bilik darjah baharu, 2 tandas, dan penyelenggaraan bumbung di sk bandar baru bangi, selangor telah diadakan pada 5 September 2024 (Khamis) di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs.Ir. Shukri bin Ishak, Pengarah JKR Negeri Selangor kepada YBrs. Puan Noriyah binti Kandar, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Ir. Dr. Balamurugan A/L A Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) JKR; YBrs. Pn.Norliza Binti Shoib, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD; YBrs. Ir. Ts. Mohd Zamri bin Mohamad, Jurutera Daerah Hulu Langat dan seluruh pasukan projek yang terlibat.

Pegawai penguasa (SO) bagi projek ini adalah YBrs. Ir. Ts. Mohd Zamri Bin Mohamud Jurutera Daerah Hulu Langat dan Pn Nurul Ilyani Ruslan sebagai Wakil Pegawai Penguasa Projek.

Projek ini mempunyai keterlibatan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Antara objektif keterlibatan STAR ini adalah untuk menambah baik proses kerja di pelbagai peringkat seperti pra pembinaan seperti memendekkan tempoh perolehan dan semasa pembinaan selain melaksanakan libat urus dengan semua pihak berkaitan bagi memastikan pelaksanaan projek dapat disegerakan. 

Projek yang telah dilaksanakan secara tender terbuka ini telah dibahagikan kepada dua (2) sectional.  Sectional 1 adalah Pembinaan 2 blok 2 bilik darjah serta 1 blok 2 tandas. Tempoh pelaksanaan projek ini adalah semala 3 bulan dan telah disiapkan siapkan 3 hari lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan iaitu 22 Ogos 2023.

Manakala bagi Sectional 2 pula melibatkan penyelenggaraan bumbung 5 blok bangunan sedia ada. Tarikh siap bagi Sectional 2 adalah 23 Ogos 2024 dan telah berjaya disiapkan mengikut jadual. 

Dalam usaha menyediakan fasiliti pembelajaran yang kondusif dan selesa demi kesejahteraan rakyat, projek ini telah berjaya diserahkan secara 7 dalam 1:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Statement of Final Account (SOFA)
  3. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing)
  4. Zero Fatal Accident
  5. Zero Injury
  6. Zero Major Defect
  7. Penyediaan Coffee Table Book (Digital)

Jutaan terima kasih di atas pencapaian yang membanggakan diucapkan kepada pasukan Jurutera Daerah Hulu Langat selaku Pengurus Projek, HOPT Bahagian Bangunan, JKR Negeri Selangor, HODT JKR Negeri Selangor (Bahagian Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, pihak kontraktor dan semua pasukan projek yang terlibat di atas komitmen dan dedikasi di dalam memastikan penyiapan projek.

Pautan Coffee Table Book Digital : https://heyzine.com/flip-book/7e8de2ce2c.html (link is external)