Date: Jumaat, September 6, 2024

Pada 2 September 2024, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) JKR telah menganjurkan Seminar Pengurusan Projek 2024 dengan tema “Memperkukuh Pelaksanaan Projek JKR”. Seminar ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Ballroom 3, Hotel Raia, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Objektif seminar adalah untuk meningkatkan pengetahuan Pasukan Projek melalui perkongsian pengalaman dan cabaran yang dihadapi di dalam pengurusan projek.

Seminar telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK), CPAB iaitu Ir. Atikah binti Zakaria @ Ya dan dihadiri seramai 90 orang peserta daripada pelbagai Cawangan Ibu Pejabat dan JKR Negeri. Pembentangan pelbagai topik berkaitan pengurusan projek telah disampaikan oleh lapan (8) orang pembentang dari CPAB, Cawangan Kerja Pendidikan (CKP), dan Pasukan Projek Khas 1 (PPK 1) seperti berikut :

  1. Kepentingan Input Teknikal Dalam Perancangan Strategik Pelanggan
  2. Lesson Learnt (Proses KM - Projek Sekolah Daif)
  3. Kajian VE JKR : Isu Dan Penemuan
  4. Hala Tuju CBAS
  5. Do & Don'ts Pengurusan Projek
  6. BIM : Peranan Pegawai Penguasa
  7. PHC & Intervensi : Isu Dan Penemuan
  8. Case Study : Projek Naiktaraf / PPUN

Penganjuran program seminar ini dan program yang seumpamanya akan diteruskan lagi di masa akan datang sebagai platform perkongsian pengalaman dan cabaran dalam memperkasakan lagi fungsi JKR dalam pengurusan projek.