Date: Isnin, September 9, 2024
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Sr. FADZIAH BINTI JHAYA yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 11 September 2024.
 
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Penolong Juruukur Bahan (J29) di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan pada 1 November 1991.
 
Beliau juga telah berkhidmat lebih 33 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
 
  1. Tahun 1991-1997: Penolong Juruukur Bahan (J29), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  2. Tahun 1997-2008: Juruukur Bahan (J41), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  3. Tahun 2008-2009: Juruukur Bahan (J44), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  4. Tahun 2009-2015: Juruukur Bahan Kanan (J48), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
  5. Tahun 2015-2020: Pengurus Besar Pembinaan (J52), Cawangan Kerja Pendidikan 
  6. Tahun 2020-2021: Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54), Cawangan Kerja Pendidikan 
  7. Tahun 2021-2023: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), JKR Putrajaya
  8. Tahun 2023-2024: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Bangunan Am 1
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan.
 
Antaranya ;
 
a) Kelayakan Profesional
  • Juruukur Bahan Profesional
b) Lain-Lain Kekompetenan
  • Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia
c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
  • Ahli Jawatankuasa Lembaga Perolehan Di Kementerian Perpaduan Negara
  • Ahli Tetap Kepada JKR Sebagai Keanggotaan Contract Coordination Panel (CCP) Di Jabatan Perdana Menteri
  • Ahli Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP) Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan (CKUB)
  • Ahli Jawatankuasa Perolehan Melalui Kontrak (JKPMK) CKBA1
  • Ahli Jawatankuasa Lembaga Perolehan Di MAIWP
  • Ahli Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja (APK) Peringkat Cawangan Kerja Bangunan Am 1
d) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
  • Ahli Jawatankuasa Pra Kelayakan Untuk Pembangunan Pavilion Malaysia Di Ekspo 2025 Osaka
e) Penghargaan dan Pengiktirafan
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Tahun 2022
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Tahun 2016
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Tahun 2012
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Tahun 2003
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs Sr FADZIAH BINTI JHAYA dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.
 
Selamat Bersara.
 
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"