Date: Selasa, September 17, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. IR. MOHD SUHAILI BIN ISMAIL yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 17 September 2024.

Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Awam (Tingkatan Biasa) di Cawangan Bekalan Air Malaysia pada 2 Oktober 1985.

Beliau juga telah berkhidmat lebih 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1988: Pembantu Teknik Awam (Tingkatan Biasa), Cawangan Bekalan Air Malaysia
  2. Tahun 1988-1994: Pembantu Teknik Awam (Tingkatan Biasa), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
  3. Tahun 1994-1998: Pembantu Teknik Awam (J5), JKR Hulu Langat
  4. Tahun 1998-2006: Jurutera Awam (J3), JKR KESEDAR
  5. Tahun 2006-2008: Jurutera Jajahan (J41), JKR Daerah Gua Musang
  6. Tahun 2008-2011: Jurutera Jajahan (J48), JKR Daerah Kuala Krai
  7. Tahun 2011-2015: Pengurus Besar Pembinaan (J48), Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2
  8. Tahun 2015-2016: Jurutera Awam (J52), Cawangan Kerja Kesihatan
  9. Tahun 2016-2018: Pengarah (J52), JKR KESEDAR
  10. Tahun 2018-2020: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan
  11. Tahun 2020-2021: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), JKR Kelantan
  12. Tahun 2021-2024: Pengarah (J54), JKR Kelantan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan.

Antaranya ;

a) Kelayakan Profesional

  • Jurutera Profesional

b) Lain-Lain Kekompetenan

  • Tiada

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Pembentangan kertas kerja Cadangan Pembangunan Madinah Al-Salam di Mukim Tiong kepada YAB Menteri Besar Kelantan dan Jawatankuasa Pembangunan Negeri pada tahun 2022
  • Pembentangan kertas kerja cadangan Pembangunan Madinah Ramadhan kepada YAB Menteri Besar Kelantan dan Jawatankuasa Pembangunan Negeri pada tahun 2022
  • Pembentangan kertas kerja cadangan Pembangunan Madinah Al- Riadhah, Bukit Merbau (Kompleks Sukan Bukit Merbau) kepada YAB Menteri Besar Kelantan dan Jawatankuasa Pembangunan Negeri pada tahun 2024.
  • Pembentangan kertas kerja cadangan Pemasangan Traffic Light Pintar di sepanjang jalan protokol kepada YB. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar.

d) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Ahli Lembaga Jurutera Malaysia
  • Ahli Lembaga Pengarah Air Kelantan Sdn. Bhd.
  • Ahli Lembaga Pengarah Ascii Line Sdn. Bhd.
  • Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Negeri Kelantan
  • Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
  • Ahli Jawatankuasa Masjid Telipot, Kota Bharu
  • Ahli Jawatankuasa Masjid Muhammadi, Kota Bharu
  • Ahli Jawatankuasa Masjid Utama Negeri
  • Ahli Pertubuhan Pengurusan Aset dan Projek Malaysia (MAPMA)

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Darjah Kebesaran Ahli Yang Ketiga (Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K), Tahun 2022
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Tahun 2014
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Tahun 2007
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Tahun 2004

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. IR. MOHD SUHAILI BIN ISMAIL dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

 

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"