Date: Rabu, September 18, 2024

Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Tawaran Semula Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Kem Wawasan Negara Langkawi, Jalan Batu Asah, Langkawi, Kedah Darul Aman telah berlangsung dengan jayanya pada 09 September 2024 (Isnin). Majlis tersebut dilaksanakan di Auditorium Mahsuri, Pusat Latihan Kenegaraan, Langkawi, Kedah Darul Aman.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (link is external) (AKM). Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah; YBrs. Encik Hafizi bin Ahmad, Ketua Pusat Latihan Kenegaraan Langkawi; YBrs. Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi selaku Pegawai Penguasa dan YBrs. En. Mohamad Rosyidi bin Osman, Pengarah Urusan Teras Jelapang Sdn. Bhd selaku Kontraktor Utama.

Kejayaan dalam menyiapkan projek ini telah menunjukkan usaha, komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak menjadi faktor utama kepada pencapaian projek sehingga ianya dapat diserahkan kepada pihak pelanggan.

Projek ini bukan sahaja menepati KPI JKR Malaysia 3 dalam 1 jabatan, malah diserahkan secara 7 dalam 1 merangkumi  :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 2 Jun 2024;
  2. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
  3. Penyiapan As Built Drawing;
  4. Operation & Maintenance (O&M) Manual;
  5. Projek berjaya disiapkan lebih awal tarikh Siap Semasa (1 hari awal).
  6. Zero Lost Time Injuries (LTI)
  7. Zero Major Defects.

Jutaan terima kasih dan penghargaan khususnya kepada Pejabat Perdana Menteri Akademi Kenegaraan Malaysia yang menyediakan peruntukan mencukupi dalam merealisasikan projek ini. Adalah diharapkan kerjasama, kolaborasi dan tolak ansur di antara semua pihak yang terlibat dapat diteruskan pada projek-projek lain demi penyampaian perkhidmatan jabatan dan pihak pelanggan.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada kepada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CFSB) selaku Pengurus Program bagi projek ini yang telah banyak memberikan sumbangan dalam melaksanakan projek ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak HOPT/ HODT yang terlibat, Ketua Jurutera Elektrik Negeri selaku Wakil Pegawai Penguasa Elektrik, Ketua Jurutera Mekanikal Negeri selaku Wakil Pegawai Penguasa Mekanikal serta semua pegawai JKR yang telah banyak memberikan komitmen dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh projek ini.