Majlis Penyerahan dan Perasmian Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah di Negeri Melaka Tahun 2024 telah berlangsung pada 25 Oktober 2024 (Jumaat) bertempat di Dewan Aula Bestari, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Melaka.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan disaksikan oleh YB Datuk Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Dato’ Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Hameed bin Mytheen Kunju Basheer,EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka; YB Datuk Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka.
Turut hadir bagi menyaksikan majlis ini adalah YBhg. Dato’ Ir. Dr. Balamurugan A/L A Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan, JKR Malaysia mewakili Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan selaku Pengurus Program, serta lain-lain jabatan dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan lain-lain agensi yang turut hadir.
Gimik Penyerahan Dokumen dan Replika Kunci telah diserahkan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohamad Salzeli bin Moktar, Pengarah JKR Negeri Melaka kepada YBhg. Datuk Hj. Mohd Ruji bin Hj. Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia seterusnya kepada YBrs. Tuan Hj. Karim bin Tumin, Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri Melaka.
Secara keseluruhan, kejayaan sebenar sebanyak lima (5) buah sekolah di Negeri Melaka adalah berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual seterusnya dapat diserahkan dan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dengan butiran seperti berikut:
1. SK Pengkalan Balak, Daerah Alor Gajah siap pada 30/9/2024 (siap awal 23 hari)
2. SK Alor Gajah 1, Daerah Alor Gajah siap pada 16/10/2024 (siap awal 14 hari).
3. SK Parit Penghulu, Daerah Jasin siap pada 27/08/2024 (siap awal 70 hari).
4. SMK Ayer Molek, Daerah Melaka Tengah siap pada 30/8/2024 (siap awal 32 hari)
5. SMK Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah siap pada 13/9/2024 (siap awal 9 hari).
Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung (DSTB) Sekolah dengan peruntukan sebanyak RM900,000.00 setiapnya ini disiapkan dengan dilengkapi dua (2) buah gelanggang badminton, sistem siar raya, giant fan, kemudahan bilik utiliti dan kerja-kerja infra. Dewan ini juga dapat menampung kapasiti sehingga 800 orang.
Pembinaan Dewan Terbuka ini sebagai simbolik kejayaan semua pihak yang terlibat dalam usaha menyediakan fasiliti yang kondusif dan selesa demi kemudahan pelajar dengan mencapai kejayaan 5 dalam 1:
i. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
ii. Lukisan Siap Bina
iii. Penyata Bayaran Muktamad (SOFA)
iv. Tarikh Siap Sebenar Awal dari Tarikh Siap Kontrak Asal
v. Penjimatan Kos Siling Projek
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan pelaksanaan projek ini khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia, JPN, Cawangan Kerja Pendidikan Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri Melaka, pihak sekolah dan kontraktor terlibat yang telah berusaha gigih dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menyegerakan pelaksanaan Dewan Terbuka ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 1064 bacaan