Pada 8hb November 2024 (Isnin), Sesi Penyerahan Sijil Pelantikan Peneraju Pelan Strategik JKR 2026-2030 kepada semua Peneraju Tema telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya bertempat di Bilik Zamrud, Aras 2, Menara Kerja Raya sebelum bermulanya Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategik dan Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) JKR Malaysia Bil. 2/2024.
Sesi ini turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar); YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. Sesi penyerahan sijil dan surat pelantikan ini diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat selaku Sekretariat Pelan Strategik JKR.
Pelantikan Peneraju Tema bagi Pelan Strategik JKR 2026-2030 merupakan langkah proaktif Sekretariat bagi merasmikan penglibatan semua Peneraju Tema dalam gerak kerja pembangunan dan pelaksanaan Pelan Strategik 2026-2030 yang bermula pada suku pertama tahun ini.
Sijil dan surat pelantikan kepada semua Peneraju tema telah disampaikan kepada:
Peneraju Tema 1 - YBrs. Ir. Maria binti Marcus (Pengarah Kanan CPAB)
Peneraju Tema 2 (Wakil) - YBrs. Pn. Nor Haziah binti Saliman (Jurutera Elektrik Penguasa Kanan CKBA1)
Peneraju Tema 3 - YBrs. Ir. Noreha binti Nordin (Pengarah Kanan CKAS)
Peneraju Tema 4 - YBrs. Ar. Sharina Intan binti Abdullah (Pengarah Kanan CA)
Peneraju Tema 5 - YBrs. Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria (Pengarah Kanan CREaTE)
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua Peneraju Tema yang telah dilantik dan semoga semua Peneraju Tema dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab ini dengan penuh cemerlang dalam memenuhi matlamat dan fungsi Jabatan Kerja Raya seterusnya merealisasikan hala tuju strategik Jabatan yang telah ditetapkan.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 1595 bacaan