Ziarah Mahabbah JKR Malaysia bersama YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan YBrs. Ir. Hj. Zulkifli Abdul Rashad, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) menziarahi kesemua waris-waris keluarga warga JKR yang telah kembali kerahmatullah akibat tragedi kepala air di Sungai Jahang, Gopeng, Perak.
Program ini turut disertai YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Nadzri bin Abdul Majid, Pengarah JKR Pulau Pinang dan YBrs. Ir. Mohd Fisal b. Ismail, Pengarah JKR Kedah, warga JKR Kedah dan JKR Pulau Pinang serta Surau JKR Malaysia.
Ziarah Mahabbah ini bermula dengan menziarahi kediaman waris al-marhumah Ir. Suhalil binti Mat Saad di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan kemudian bergerak ke Masjid Ar-Rahman, Padang Sera, Kodiang, Kedah bagi menziarahi keluarga al-marhum Muhammad Ikram bin Abdul Bari. Ziarah mahabbah seterusnya bergerak ke Kampung Bukit, Naka, Pokok Sena bagi menziarahi waris al-marhum Muhammad Khairul Hakeem bin Hamidi. Sesi ziarah mahabbah ini berakhir dengan menziarahi kediaman keluarga al-marhum Ir. Samsulnizam bin Zulkapli, di Kuala Kangsar, Perak yang telah meninggal dunia disebabkan asbab sakit jantung.
Antara pengisian utama ziarah mahabbah ini, adalah melaksanakan bacaan Tahlil serta mendoa’kan kesemua roh warga JKR Malaysia yang telah meninggal dunia. Sesi ziarah ini telah diakhiri dengan penyerahan sumbangan kepada semua waris. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas kesemua warga JKR yang telah meninggal dunia.
Setulus doa’ dipanjatkan oleh seluruh warga JKR Malaysia agar semua waris dan ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Al-Fatihah
Firman ALLAH SWT:
“Sesungguhnya ALLAH SWT berserta dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan”
(Surah An-Nahl : 128)
#JKRPrihatin
Ziarah Mahabbah Pengurusan JKR Malaysia menziarahi Ibu al-marhumah Ir. Suhalil bt Mat Saad di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Ziarah Mahabbah Pengurusan JKR Malaysia menziarahi Ibu al-marhum Muhammad Ikram b. Abdul Bari di Masjid Ar-Rahman, Padang Sera, Kodiang, Kedah.
Ziarah Mahabbah menziarahi anak sulung kepada al-marhum Ir. Samsulnizam bin Zulkapli di Kuala Kangsar, Perak.
- 118 bacaan