Pada 9 Disember 2024 (Isnin), Majlis Penyerahan Menaik Taraf Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kepada pelanggan telah diadakan.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR WPKL kepada YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya diserahkan kepada YBrs. Puan Azura binti Alwi, Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur selaku end user.
Projek ini berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan secara 11 dalam 1 yang merangkumi:
- Sijil Perakuan iap Kerja (CPC);
- Projek Siap Awal 1 Bulan dari Tarikh Siap Semasa;
- Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing);
- Manual Operation & Maintenance (O&M);
- Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
- Penjimatan Kos Projek Berbanding Kos Kontrak;
- Penjimatan Kos Projek Berbanding Siling Projek;
- Memenuhi Kepuasan Pelanggan;
- Zero Lost Time Injury;
- Zero Major Defect; dan
- Coffee Table Book
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan projek JKR, kontraktor utama serta subkontraktor yang dinamakan (NSC) di atas kejayaan menyiapkan projek ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan penyiapan projek.
- 868 bacaan