Date: Isnin, Disember 16, 2024

13 Disember 2024 – Majlis Penyerahan Kerja Baik Pulih dan Penyelenggaraan Bangunan Pejabat dan Kuarters di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) bagi tahun 2024 telah diadakan di Auditorium ILKAP. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan dengan kehadiran Tuan Rushan Lutfi bin Mohamed, Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) dan Tuan Ir. Ts. Mohd Zamri bin Mohamud, Jurutera Daerah, JKR Hulu Langat selaku Pegawai Penguasa. Turut hadir sama ke majlis ini adalah pegawai-pegawai JKR Hulu Langat dan ILKAP serta pihak kontraktor yang terlibat.

Pegawai Penguasa (SO) adalah YBrs. Ir. Ts. Mohd Zamri Bin Mohamud, Jurutera Daerah, JKR Hulu Langat dan Pn Nurul Ilyani Binti Ruslan sebagai Wakil Pegawai Penguasa Projek.

Kos keseluruhan bagi kesemua kerja sebutharga ini adalah RM6,241,000.00, dan dibahagi kepada 9 kerja sebutharga iaitu:

  1. Kerja-Kerja Membaikpulih di Mini Stadium;
  2. Kerja-Kerja Membaikpulih Di Dewan Serbaguna/ Dewan Makan/ Kuarters Dan Penggantian Papan Tanda Luaran;
  3. Kerja-Kerja Baikpulih Fasiliti Sukan Dan Surau;
  4. Kerja-Kerja Membaikpulih Jalan Dan Kerb;
  5. Kerja-Kerja Membaikpulih di Bangunan Perdana;
  6. Kerja-Kerja Membaikpulih di Asrama Blok A Dan B;
  7. Kerja-Kerja Membaikpulih di Bangunan ITITC;
  8. Kerja-Kerja Membaikpulih di Auditorium;
  9. Kerja-Kerja Menaiktaraf Multipurpose Technology Court (E-Moot Court).

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada HOPT Bahagian Bangunan JKR Selangor, Pasukan JKR Daerah Hulu Langat serta barisan kontraktor yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan kerja sebutharga ini. Terima kasih juga kepada pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan kerja sebutharga ini.

#IamJKR #KitaJKR @JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat