17 Disember 2024 - Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Kerja-Kerja Menaiktaraf Dan Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Kolej Vokasional Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan telah diadakan di Dewan Seri VoKaS, Kolej Vokasional Kajang.
Majlis disempurnakan dengan kehadiran Tuan Rosli Bin Sha’ban,Timbalan Pengarah Sektor Perancangan, Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia; Tuan Ir. Ahmad Shahruzi Bin Ahmad, Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia; Puan Zalina Binti Rosli, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Kementerian Pendidikan Malaysia; Tuan Ir. Mohd Zawawi bin Zakaria, Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor; Dr. Jafri Bin Abu, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Ir. Ts. Mohd Zamri Bin Mohamud, Jurutera Daerah, JKR Hulu Langat.
Pegawai Penguasa (SO) bagi projek ini adalah Ir. Ts. Mohd Zamri Bin Mohamud, Jurutera Daerah, JKR Hulu Langat dan Pn Nurul Ilyani Binti Ruslan sebagai Wakil Pegawai Penguasa Projek.
Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Dan Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Kolej Vokasional Kajang Daerah Hulu Langat Selangor Darul Ehsan telah siap sepenuhnya 99 hari lebih awal iaitu pada 17 Disember 2024. Projek ini telah bermula pada 27 Disember 2023, tarikh siap asal adalah 25 Mac 2025. Projek ini dilaksanakan secara konvensional (dalaman). Pejabat JKR Daerah Hulu Langat, Selangor telah dipertanggungjawabkan sebagai Pegawai Penguasa bagi projek ini sekaligus menyelia dan memantau aktiviti di tapak bina.
Skop projek ini melibatkan :-
1. Kerja-Kerja Menaiktaraf Dewan, Bengkel, Asrama Dan Pejabat Pentadbiran;
2. Kerja-Kerja Resurfacing Jalan Dalaman;
3. Kerja-Kerja Pembaikan Dan Penggantian Sistem Mekanikal Dan Elektrikal;
Secara keseluruhannya, projek ini dapat disiapkan secara 3 dalam 1 iaitu :-
1. Penyerahan Kepada Pelanggan Dalam Tempoh Kurang 3 Bulan Selepas CPC (Tarikh CPC adalah Tarikh serahan kepada pelanggan);
2. Lukisan Siap Bina;
3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA).
Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa komitmen padu dari pihak kontraktor utama serta tujuh(7) kontraktor NSC yang lain. Projek ini berjaya disiapkan walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tempoh pelaksanaan berlangsung.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor utama dan semua kontraktor NSC terlibat yang telah menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada HOPT/ HODT di JKR Selangor dan JKR Daerah Hulu Langat yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini.
Link untuk Coffee Table Book Digital : https://heyzine.com/flip-
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 768 bacaan