Date: Isnin, Disember 23, 2024

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Hajah Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah Kanan memangku Jurutera Awam Gred Utama di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia mulai 20 Disember 2024.

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Mukhzani Bin Abd Latif Diarah menjalankan tugas Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Mukhzani Bin Abd Latif berkuatkuasa pada 20 Disember 2024 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.