Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, melalui Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), dengan sukacitanya mengundang YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai Seminar Pengurusan Aset Menyeluruh bertemakan "Roadmap to Asset Excellence", yang akan diadakan pada:
Tarikh : | 24 & 25 Februari 2025 |
Masa : | 8:30 pagi - 5:00 petang |
Tempat : | Dewan Damar Sari, Putrajaya |
Yuran Peserta : | RM 750.00 |
Perasmian : | YB Menteri Kerja Raya |
Seminar ini bertujuan memberi pendedahan mengenai konsep dan amalan terbaik dalam pengurusan aset secara sistematik, holistik, dan lestari. Ia adalah peluang untuk memahami cara mengoptimumkan faedah aset sepanjang kitaran hayat aset.
Kenapa perlu hadir?
- Memantapkan pengetahuan dalam pengurusan aset
- Memperoleh pandangan dan amalan terbaik dari pakar industri
- Menjalin rangkaian dengan profesional dari agensi kerajaan, sektor swasta, dan pengamal industri.
Kami menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengambil bahagian dalam seminar ini, sama ada sebagai peserta ataupun pempamer. Tempat adalah terhad, dan pendaftaran akan ditutup pada 10 Februari 2025.
Cara pendaftaran:
Sertai kami dengan mengimbas QR Code yang tertera pada poster atau hubungi kami di talian berikut untuk maklumat lanjut:
Pendaftaran Peserta:
019-268 2008 (Edayu) / 017-201 9124 (Viknesvaran)
Pendaftaran Pempamer:
017-565 3321 (Khairudin) / 017-336 7254 (Afandi)
E-mel:
sekretariatSPAM2025 [at] jkr.gov.my
Untuk maklumat lanjut dan muat turun brosur, sila klik pautan di bawah:
https://tinyurl.com/4tventrm (link is external)
- 1435 bacaan