Date: Isnin, Februari 17, 2025

Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JKR merupakan saluran aduan utama Jabatan yang telah pun digunakan sejak 1 Mei 2021 meliputi Ibu Pejabat, Cawangan, Negeri/Wilayah Persekutuan dan Daerah. Aduan awam berkaitan JKR yang diterima dari saluran-saluran rasmi akan didaftarkan secara automatik dan secara manual ke dalam SISPAA JKR. Semua aduan akan diuruskan secara berpusat di portal SISPAA JKR.

Pengurusan Aduan melalui SISPAA JKR juga dapat diuruskan dengan lebih berkesan seiring dengan komitmen JKR Malaysia dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan Jabatan.

Sila klik di sini untuk memuat turun poster Saluran Aduan: SISPAA JKR
 

 

INFOGRAFIK SISPAA JKR

Berikut infografik langkah-langkah membuat aduan/maklum balas dan menyemak status aduan melalui SISPAA JKR

Sebarang aduan atau maklum balas kepada JKR boleh dimajukan melalui pautan berikut:

https://jkr.spab.gov.my/ (link is external)

Semoga infografik ini dapat memberi asas pengetahuan kepada umum tentang tatacara pengemukaan dan semakan aduan melalui SISPAA JKR.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy

#JasaKepadaRakyat