Pada 13 Februari 2025 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Sekolah Kebangsaan Dato' Klana Putra, Seremban yang telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hj. Ismail bin Hj. Lasim, EXCO Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan, Negeri Sembilan.
Dokumen penyerahan projek telah ditandatangani oleh YBrs. Ir. Ainor Izman Bin Maimun Mahmood, Jurutera Daerah, JKR Daerah Seremban selaku Pegawai Penguasa Projek dan YBrs. Tuan Putra bin Hashim, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Negeri Sembilan selaku pihak pelanggan.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah YBrs. Tuan Hj. Azman bin Hj. Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia; YBhg. Dato' Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah JKR Negeri Sembilan; YBrs. Tuan Norazam bin Nayan, Pegawai Pendidikan Daerah Seremban; YBrs. Tuan Abu Bakri bin Mr Duloh, Guru Besar SK Dato' Klana Putra; warga JKR Negeri Sembilan dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Dato' Klana Putra.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR dan kontraktor utama di atas kejayaan menyiapkan projek ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pelanggan di atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan projek ini.
- 269 bacaan