Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Tabika Orang Asli Sungai Tekal, Jerantut, Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Februari 2025 bertempat di tapak projek Tabika Orang Asli Sungai Tekal, Jerantut.
Majlis penyerahan ini telah disempurnakan dengan simbolik penyerahan replika kunci oleh YH. Dato' Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah JKR Negeri Pahang kepada YBrs. Encik Mohd Fadli Bin Che Soh, Penolong Pengarah (Khidmat Teknikal) Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia selaku wakil kepada pihak pelanggan bagi projek ini.
Majlis penyerahan ini turut dihadiri oleh YBrs. Sr Siti Baizura Binti Mohamad Noor, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2; Ir. Adly Bin Dasril, Jurutera Daerah JKR Jerantut; Tuan Mohammad Na’im bin Tahrim, Jurutera Bangunan, JKR Jerantut; Puan Nurul Aida Binti Awaludin, Jurutera Awam, Bahagian Bangunan JKR Pahang; wakil JAKOA Malaysia, wakil JAKOA Pahang dan kakitangan JKR Jerantut.
Pembinaan projek ini telah dipertanggungjawabkan kepada Jurutera Daerah JKR Jerantut selaku Pegawai Penguasa dan Jurutera Bangunan JKR Jerantut selaku Wakil Pegawai Penguasa Utama. Projek ini mula dibina pada 20 November 2023 dan telah siap sepenuhnya pada 18 Februari 2025 iaitu 98 hari lebih awal berbanding tarikh siap semasa. Dengan itu, pihak kontraktor telah berjaya mencapai sasaran ‘Ahead Of Time’ (AOT) seperti yang disarankan oleh Kementerian Kerja Raya baru-baru ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat bagi penyiapan projek ini. Semoga projek yang telah diserahkan ini memberi impak positif dan manfaaf kepada anak-anak Orang Asli dalam memperoleh pendidikan awal yang lebih berkualiti.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jurutera Daerah JKR Jerantut selaku Pegawai Penguasa Projek, JKR Negeri Pahang, Ketua Pasukan Projek (HOPT), semua Bahagian Rekabentuk (HODT), Pasukan Projek JKR Jerantut, JAKOA Malaysia, JAKOA Jerantut, kontraktor-kontraktor seterusnya semua pihak yang telah berusaha gigih dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiapan projek ini.
- 604 bacaan