Date: Selasa, Februari 25, 2025

Pada 24 Februari 2025 (Isnin) telah berlangsung Majlis Penyerahan bagi Dua (2) Projek Siap bertempat di Dewan Terbuka Penjara Kajang iaitu:

  1. PEMASANGAN PAGAR ANTI-CLIMB DI PAGAR KESELAMATAN PENJARA WANITA KAJANG, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR; dan
  2. PEMBINAAN DEWAN TERBUKA PENJARA BAGI PROGRAM PEMULIHAN – PENJARA KAJANG

Penyerahan kedua-dua projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts. Mohd Zamri bin Mohamud, Jurutera Daerah, JKR Daerah Hulu Langat kepada YBrs. Tuan Mohamad Zasmi Bin Abdul Talib, Kementerian Dalam Negara yang disaksikan Pengurus Program Cawangan Kerja Keselamatan, Pengurus Program Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Pengarah Penjara Kajang dan Pengarah Penjara Sg Buloh. Pegawai Penguasa (SO) bagi projek ini adalah Ir. Ts. Mohd Zamri bin Mohamud, Jurutera Daerah, JKR Hulu Langat dan Pn Nurul Ilyani Binti Ruslan sebagai Wakil Pegawai Penguasa Utama.

Kedua-dua projek telah dilaksanakan secara tender terbuka dengan pelaksanaan secara konvensional dalaman.Tempoh pelaksanaan yang ditetapkan bagi menyiapkan projek Pagar Anti-Climb Penjara Wanita adalah selama 56 minggu iaitu bermula 11 Mei 2022 sehingga 07 Jun 2023. Namun, disebabkan beberapa kekangan, projek ini telah berjaya disiapkan pada 15 Disember 2024. Manakala untuk Dewan Penjara Kajang, tempoh pelaksanaan adalah selama 24 minggu dan dewan ini telah berjaya disiapkan pada 21 November 2024.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor terlibat yang telah menyiapkan projek ini dan diserahkan kepada pihak pelanggan dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada HOPT/ HODT di IbuPejabat JKR Malaysia dan JKR Daerah Hulu Langat yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat