21 Februari 2025 – Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah menerima kunjungan daripada Yang Berusaha Dr. Mariati bt Taib, pensyarah/penyelidik Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Yang Berusaha Profesor Dr. Kim Eonyong, Ketua Penyelidik dari Universiti Andong, Korea Selatan, yang pakar dalam bidang pembinaan modular, pembangunan sistem bandar pintar, reka bentuk seni bina, serta pemantauan dan tenaga solar.
Program yang dianjurkan oleh Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) ini turut dihadiri wakil dari Cawangan Arkitek, Ts. Saiful Fazli bin Ramli, Bahagian Kepakaran Konservasi dan Pn. Zuhana bt Rasmin, Bahagian Kepakaran Building Information Modelling (BIM). Wakil Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Unit Building Information Modelling (BIM) diketuai oleh Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai, Jurutera Awam Kanan dan wakil disiplin Unit Building Information Modelling (BIM) iaitu Nik Farah Elina bt Nik Ramzi Shah (Arkitek); Mohd Nor Afandi bin Ramani serta Faisal Syamim bin Amran dari (Struktur) dan Ts. Norsabrina Aine binti Mohamad Sabri (Koordinasi).
Mesyuarat yang bertujuan untuk menjalinkan kerjasama penyelidikan serta sesi perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak ini dipengerusikan oleh Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai. Usaha ini merupakan lanjutan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dijalankan antara Housing, Building and Planning (HBP), USM dan JKR dalam bidang Building Information Modelling (BIM).
Mesyuarat dimulakan dengan sesi perkongsian daripada Profesor Dr. Kim Eonyong yang membentangkan topik bertajuk "Development of a Smart Village with Modular Construction." Dalam sesi ini, beliau memperkenalkan konsep dan potensi pembinaan modular serta penerapannya dalam pembangunan sistem bandar pintar yang mampan.
Selepas sesi perkongsian, mesyuarat diteruskan dengan perbincangan lanjut mengenai kolaborasi penyelidikan antara pihak USM dan JKR, serta perkembangan pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) yang melibatkan penyelidikan dalam bidang Building Information Modelling (BIM). Sesi ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang mengenai inisiatif yang dapat memperkukuh sektor pembinaan serta memanfaatkan teknologi Building Information Modelling (BIM) dalam pembangunan infrastruktur di Malaysia.
Diharapkan mesyuarat ini bukan sekadar menjalinkan kerjasama antara JKR – USM malah dapat diperluaskan lagi hubungan antara Malaysia dan juga Korea Selatan. Kolaborasi ini sekaligus dapat menerapkan teknologi terkini dalam pembinaan modular dan Building Information Modelling (BIM) ke dalam sektor pembinaan negara, serta meningkatkan inovasi dalam pembangunan bandar pintar yang lestari.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 799 bacaan