Date: Rabu, Februari 26, 2025

Pada 25 Februari 2025 (Selasa), telah berlangsung Majlis Penyerahan projek siap bagi Projek Pembinaan Laluan Taxiway Tambahan, Apron Dan Pagar Keselamatan Di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute Of Aviation Technology (UniKL MIAT) Subang, Selangor

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Ir. Mohd Shahrom Bin Ahmad Saman,Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya; YBrs. Ir. Waznah Bt. Abd. Aziz, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan; Ir. Mahzan Bin Teh,Timbalan Ketua Pengarah MARA; , YBrs. Mohd Zawawi Bin Zakaria,Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor; Ir. Paschal Dagang Anak Kevin Akeu, Jurutera Daerah Petaling Selaku Pegawai Penguasa (SO) dan YBrs. Prof. Ir. Dr. Azman Bin Senin,Ketua Pegawai Eksekutif, Universiti Kuala Lumpur.

Lokasi majlis tersebut telah diadakan di atas tapak taxiway projek dan dimulakan dengan sesi menandatangani dokumen penyerahan oleh Jurutera Daerah Petaling, Ir. Paschal Dagang Anak Kevin Akeu selaku Pegawai Penguasa (SO) jabatan dan YBrs. Mohd Ridhwan Bin Abd. Yazid, Pengarah Bahagian Pembinaan & Selenggaraan, MARA sebagai Pelanggan bagi projek ini.

Majlis kemudiannya disusuli dengan penyerahan replika kunci oleh En. Samsudin Bin Hassan, selaku Kontraktor Utama kepada YBrs. Ir. Mohd Shahrom Bin Ahmad Saman dan kemudian diserahkan kepada pihak pelanggan. Program penyerahan ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada JKR Ibu Pejabat, JKR Selangor, pegawai-pegawai dari MARA serta UniKL, Wakil-Wakil Pegawai Penguasa, Wakil-wakil Head Of Project Team & Design Team (HOPT & HODT), kontraktor utama dan juga kontraktor NSC.

Kontrak bagi projek ini telah ditawarkan dan dilaksanakan oleh kontraktor tempatan bermula pada 12 April 2023 dan telah berjaya disiapkan dan diberi Sijil Perakuan Siap Kerja pada 15 Februari 2025 serta pencapaian lain iaitu Projek Siap Awal (Ahead Time) selama 2 hari.

Projek yang dilaksanakan secara konvensional dalam ini telah disiapkan secara 3 dalam 1 iaitu :-

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja;
  2. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA) ; dan
  3. Penyiapan As Built Drawing.

Skop kerja bagi projek adalah seperti berikut:-

  1. Pembinaan laluan taxiway menggunakan bahan Pavement Quality Concrete (PQC) yang khusus untuk kegunaan laluan kapal terbang,
  2. Pembinaan automatic retractable gate,
  3. Pembinaan pagar perimeter dan pemasangan lampu tiang tinggi (highmast) baru serta kerja-kerja elektrik yang berkaitan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan projek sama ada di peringkat JKR, pelanggan, kontraktor dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung  dalam memberikan komitmen yang sangat tinggi sehingga berjaya merealisasikan projek ini. Projek ini dilihat bakal memberikan manfaat yang besar kepada pihak MARA khususnya Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakya