Date: Khamis, Februari 27, 2025

Pada 23 Februari 2025 (Ahad) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani Kementerian Luar Negeri (KLN) di Kampung Kanchong, Rantau, Negeri Sembilan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri.

Turut hadir di majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Shariffah Norhana binti Syed Mustaffa, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan Kementerian Luar Negeri; YBrs. Puan Nurul Huda binti Musa, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Seremban; YBrs. Ir. Ts. Faiz bin Hassan, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Seremban; YBrs. Ir. Ainor Izman bin Maimun Mahmood, Jurutera Daerah JKR Seremban; Pegawai-Pegawai Kanan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sembilan.

Antara skop utama projek ini adalah:-

  1. Membina gelanggang futsal berbumbung;
  2. Baik pulih tandas awam;
  3. Kerja pembaikan dan penyenggaraan longkang;
  4. Pagar kawasan;
  5. Tempat letak kenderaan; dan
  6. Naik taraf lampu jalan.

Sebagai gimik penyerahan projek, replika kunci telah diserahkan oleh Ybrs. Ir. Ainor Izman bin Maimun Mahmood, Jurutera Daerah, JKR Daerah Seremban selaku Pegawai Penguasa Projek kepada YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan pelaksanaan projek ini iaitu pasukan Kementerian Luar Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, YBhg. Dato’ Ir. Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah JKR Negeri Sembilan, Bahagian Bangunan selaku HOPT, Jurutera Daerah Seremban, Ketua Jurutera Elektrik Negeri dan semua pihak yang terlibat atas komitman dan kejayaan dalam menyiapkan projek ini .

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat