Buat julung-julung kalinya Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), JKR Malaysia dengan kerjasama The Malaysian Asset & Project Management Association (MAPMA) telah menganjurkan Seminar Pengurusan Aset Menyeluruh 2025 pada 24 dan 25 Februari 2025, dengan tema Roadmap to Asset Excellence, di Dewan Damar Sari, Putrajaya.
Seminar ini bertujuan untuk memantapkan kefahaman peserta terhadap pendekatan sistematik dan lestari dalam pengurusan aset bagi memastikan kecekapan yang optimum dalam perancangan dan pengurusan aset. Ia merangkumi penerokaan inovasi teknologi dan strategi terkini seperti BIM in Design, Smart Building dan Technology Advancement serta perkongsian amalan terbaik dalam reka bentuk, pelaksanaan projek dan pengurusan fasiliti, melalui topik seperti IBS in Construction, Lean Construction dan Facility Management (FM).
Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia. Turut hadir sama, YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia dan YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran jemputan kehormat wakil daripada kementerian-kementerian.
Aturcara seminar telah di isi dengan pembentangan kertas kerja oleh 13 orang Panel Pembentang yang terdiri daripada sektor kerajaan dan swasta antaranya daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya Holdings, Pertubuhan BIM Malaysia (PBM), Pertubuhan Pengurus Nilai Malaysia (IVMM), UEM Edgenta, Universiti Malaya, PNB Merdeka Ventures, Mara Incorporated, CIDB, dan JKR Malaysia.
Penganjuran seminar ini telah menarik penyertaan dan kehadiran melebihi 300 orang peserta daripada pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan serta sektor swasta. Selain itu, sebanyak 13 reruai pameran telah disediakan sepanjang dua hari seminar berlangsung melibatkan penyertaan pameran daripada syarikat swasta, NGO dan agensi Kerajaan.
Penganjuran program seminar yang seumpamanya ini akan diteruskan lagi di masa akan datang sebagai platform perkongsian pengalaman dan cabaran dalam memperkasakan lagi pengurusan aset menyeluruh.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 352 bacaan