Date: Jumaat, Februari 28, 2025

25 Februari 2025 (Selasa) - Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa Projek bagi enam (6) projek di bawah pelaksanaan Cawangan Jalan telah dilaksanakan di Aras Mezzanine Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat Kerja Raya Malaysia. 

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg.Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dan disaksikan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya dan turut hadir sama Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman,Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra); Ir. Atikah binti Zakaria@Ya, Pengarah Kanan Cawangan Jalan; Tuan Ahmad bin Tuan Wil, Setiausaha Bahagian, Bahagian Prasarana, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Encik Wirajaya Bin Mohd Jais,wakil Kementerian Kerja Raya (KKR).

Surat Setuju Terima telah diserahkan untuk projek-projek seperti berikut:

  1. Projek Menaik taraf Jalan Lingkaran Tengah Seremban (FT362, Seksyen 0.4 hingga 3.1) dan Membina Jejambat Merentasi Lebuhraya Utara Selatan, Seremban, Negeri Sembilan; 
  2. Projek pembinaan Seksyen 1B Lingkaran Tengah Utama (LTU), di Kelantan;
  3. Projek pembinaan Jalan Baru di Bandar 34, Bera, Pahang (Fasa 2);
  4. Projek Membina Jambatan Kampung Binjai, Kuala Lipis, Pahang;
  5. Projek Menaik Taraf/Membaik Pulih Jalan dan Infrastruktur Luar Bandar di Kampung Bukit Damar, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor; dan
  6. Projek Menaik Taraf Jalan Kampung Bukit ke Kampung Lubuk Batu, Mukim Derang, Daerah Pokok Sena, Kedah

Majlis diteruskan dengan sesi Penyampaian Surat Lantikan Pegawai Penguasa Projek kepada Pengarah JKR Negeri dan Jurutera Awam Penguasa Kanan, Unit Projek Khas Cawangan Jalan iaitu :

  1. YBhg. Dato' Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah JKR Negeri Pahang;
  2. YBrs, Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria, Wakil Pengarah JKR Negeri Selangor;
  3. YBrs, Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah;
  4. YBrs,. Ir. Goh Keat Rhee, Jurutera Awam Penguasa Kanan Pasukan Projek Khas ECER 5;
  5. YBrs,. Ir. Rozainol Effendi bin Md. Janah, Jurutera Awam Penguasa Kanan Pasukan Projek Khas Selatan 2.

Turut hadir adalah Ketua-ketua Bahagian HOPT, HODT dan PMO serta pegawai dan kakitangan Cawangan Jalan.yang terlibat dalam fasa perancangan.

JKR Malaysia selaku agensi pelaksana mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua syarikat kontraktor yang dilantik. Semoga kesemuanya dapat memberikan komitmen kepada aspek kualiti terutamanya dari segi pematuhan spesifikasi, kos dan masa yang ditetapkan, serta mengutamakan aspek keselamatan di tapak.

JKR Malaysia sentiasa komited dalam memastikan aspek kualiti kerja serta menilai prestasi setiap kontraktor dalam memastikan enam (6) projek ini memberikan impak serta bermanfaat demi kesejahteraan rakyat.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat