Pada 27 Februari 2025 (Khamis), Majlis penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan iaitu Pembangunan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) di 18 Penjara bagi Penjara Kota Kinabalu, Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sekolah Henry Gurney (SHG) Keningau , Penjara Tawau dan Penjara Sandakan telah diadakan bertempat di Dewan Mini, Penjara Kota Kinabalu, Sabah,
Penyerahan projek telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Noor Ashikin binti Md Tamimi, Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE), Ibu Pejabat JKR Malaysia selaku pihak pelaksana projek kepada pihak pelanggan iaitu YBrs. Puan Intan Safina binti Sanusi, Timbalan Setiausaha Bahagian (Projek) Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN). Majlis penyerahan ini turut disaksikan oleh YBhg. TKJP Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) Ibu Pejabat Penjara Malaysia; YBrs.TKP Zulkifli bin Abdul Manaf, Pengarah Bahagian Keselamatan & Ketenteraman Penjara dan YBrs. TKP Hajah Nora binti Musa, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,
Selain itu, hadir sama adalah En. Ahmad Sofwan bin Shahabudin selaku Kontraktor Utama, wakil pegawai-pegawai daripada Penjara Kota Kinabalu, Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sekolah Henry Gurney Keningau, Penjara Tawau Penjara Sandakan , pegawai-pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku HOPT, HODT, wakil pegawai penguasa serta kakitangan JKR Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) dan juga wakil perunding Ir. Aik Sin Heng.
Kaedah pelaksanaan projek adalah secara Konvensional Perunding dan tender terbuka oleh kontraktor terpilih bermula pada 4 Mac 2022 dan telah berjaya disiapkan pada 27 Disember 2024.
Skop utama projek melibatkan kerja-kerja Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) yang merangkumi kerja-kerja seperti berikut:
- Sistem Low Voltage (LV) - memasang komponen MSB, SSB, DB, Meter Kiosk, Flood light serta pendawaian suis soket outlet untuk peralatan SKEB.
- Sistem Extra Low Voltage (ELV) - membekal, memasang komponen sistem elektronik seperti sistem (Closed-Circuit Television) CCTV, sistem Card Access dan (Time Attandance Management System) TAMS, sistem Intercom, PAB (Panic Alarm Button) & GTS (Guard Tour System) dan Multimedia Display System (MIDS).
- Kerja Sivil dan Struktur – membina bangunan baru MCR (Main Control Room), Bangunan bagi MSB dan bilik Genset, Server dan UPS.
- Kerja Mekanikal – memasang sistem penyaman udara dan sistem pencegah kebakaran di bilik MCR, Server dan UPS.
Projek ini telah berjaya disiapkan dengan mencapai titik pencapaian 6 dalam 1 iaitu:-
- Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion, (CPC))
- Lukisan Siap Bina (As-built Drawing)
- Statement of Final Account (SOFA)
- Coffee Table Book
- Mencapai Kepuasan Pelanggan
- Operation and Manual (O&M)
Syabas & Tahniah kepada semua pihak serta agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan penyiapan projek ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 1132 bacaan