Majlis Penyerahan Projek Siap Bagi Projek Pembinaan Tapak Simulasi Bencana Bagi Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah diadakan pada 25 Februari 2025 bertempat di Markas SMART, Pulau Meranti, Selangor. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan. Ir. Shukri bin Ishak, Pengarah JKR Negeri Selangor selaku Pegawai Penguasa. Seterusnya ucapan oleh YBrs. Tuan. Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan (Pasca Bencana) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku wakil pihak pelanggan.
Turut hadir sama semasa majlis penyerahan ini adalah Pengarah Seksyen Teknikal & Infrastruktur NADMA, JPM; Penolong Setiausaha Seksyen Pemantauan Projek 2, Tanah & Penswastaan, Jabatan Perdana Menteri; Pasukan SMART, wakil pegawai dari Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA1) JKR Malaysia, pegawai-pegawai JKR Selangor, pegawai-pegawai JKR Sepang, Perunding dan Kontraktor.
Tarikh milik tapak pada 27 Oktober 2021 dengan tempoh pelaksanaan selama 24 bulan dan tarikh asal projek ini dijangka siap adalah pada 26 Oktober 2023 dan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan projek ini Berjaya disiapkan sepenuhnya pada 8 Februari 2025.
Perakuan Siap Kerja (CPC) telah dikeluarkan lebih awal dari tarikh siap sebenar iaitu pada 5 Februari 2025.
Pusat simulasi ini adalah yang pertama di Malaysia dan yang ke-2 di ASEAN selepas Singapura. Projek ini diserahkan secara 11 dalam 1 iaitu:
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
- Lukisan Siap Bina (As-built Drawing);
- Statement of Final Account (SOFA);
- Penyerahan Kepada Pelanggan Dalam Tempoh Kurang 1 Bulan Selepas CPC;
- Siap Awal Dari Jadual;
- Manual Operasi & Penyelenggaraan (OMM);
- Penyediaan Coffee Table Book (Digital);
- IBS Skor Lebih 70%;
- Q-Lassic Skor 74%;
- Zero (0) Kemalangan Di Tapak; dan
- Zero (0) Kecacatan Major.
Projek ini juga dapat memberi manfaat kepada pasukan agensi penyelamat yang lain seperti BOMBA, PDRM, APM, ATM, DBKL, ERT di sektor swasta, NGO, komuniti, penuntut universiti awam dan IPTS.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 1014 bacaan