Date: Jumaat, March 14, 2025

Pada 12 Mac 2025 (Rabu) Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah mengadakan satu satu lawatan kerja ke Highway Asset Info & Modelling, PLUS Malaysia Berhad bertempat di Menara Korporat, Persada PLUS, Petaling Jaya, Selangor. Lawatan kerja yang diketuai oleh Ir. Mohamad Darus bin Selamat, Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA) ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai BPPA mengenai PLUS Geospatial, yang merupakan asas kepada pembangunan Digital Twin dalam pengurusan aset lebuh raya di samping perkongsian ilmu mengenai pengurusan aset tak alih kerajaan.

Seramai enam (6) orang pegawai PLUS Malaysia Berhad terlibat dalam pembentangan PLUS Geospatial dan turut dihadiri oleh En. Kang Yew Jin, Chief Technology Officer

Pembentangan PLUS Malaysia Berhad merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Implementasi dan penggunaan data geospatial dalam pengurusan dan penyenggaraan aset lebuh raya dan fasilitinya
  • Strategi pendigitalan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan penyenggaraan lebuh raya.
  • Amalan terbaik (best practices) dalam pengurusan aset berasaskan teknologi geospatial.
  • Penggunaan BIM dalam mendigitalkan lukisan terukur bagi kawasan Rehat dan Rawat, enam (6) darinya dibuat menggunakan perkhidmatan perunding selain dari itu dibuat secara ‘in-house’.

Lawatan kerja ini turut merangkumi:

  • Lawatan ke Traffic Monitoring Centre (TMC) PLUS Malaysia, yang berfungsi sebagai pusat pemantauan trafik utama bagi lebuh raya PLUS Malaysia.
  • Sesi interaksi mengenai cabaran dan peluang dalam adaptasi pendigitalan pengurusan aset.

Lesson Learned

  • Kepentingan integrasi data geospatial – Penggunaan data yang tepat dan terkini membantu dalam pengurusan aset yang lebih efisien dan proaktif.
  • Cabaran dalam pelaksanaan Digital Twin – Memerlukan sumber data berkualiti tinggi, kebolehoperasian antara multi-platform software serta kerjasama antara pelbagai pihak bagi memastikan keberkesanan sistem.
  • Manfaat analitik data – Analisis data yang komprehensif mampu meningkatkan perancangan penyenggaraan dan pengurangan kos operasi.
  • Pengurusan trafik yang lebih cekap – iaitu bagaimana teknologi pemantauan dan analitik data membantu dalam mengurangkan kesesakan serta meningkatkan keselamatan pengguna lebuh raya.
  • Pentingnya ketersediaan organisasi – Kejayaan penerapan teknologi bergantung kepada sokongan kepimpinan serta tahap kesediaan tenaga kerja dalam memahami dan mengadaptasi sistem baharu.
  • Peruntukan yang optimum untuk membangunkan dan operasi sistem
  • Pelaburan yang dikeluarkan perlu dinilai dari segi pulangan kepada negara    

Secara keseluruhan, lawatan ini telah memberikan input yang bernilai kepada pegawai JKR yang hadir dalam usaha memperkukuhkan pengurusan aset dengan penerapan strategi pendigitalan serta membuka peluang kepada kerjasama strategik pada masa hadapan.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat