Date: Rabu, March 19, 2025

Pada 17 Mac 2025, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Daif Wilayah Persekutuan Labuan (2021) - Pembinaan Bangunan Gantian Dan Bangunan Tambahan Di SMK Labuan, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan. Majlis penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd. Faizul Bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR WP Labuan kepada YBrs. Tuan Yahya Ahmad Puteh (Menjalankan tugas Pengarah Pendidikan JPWPL), Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan dan seterusnya  kepada Tn. Hj Mohd Nizam Yassim, Pengetua SMK Labuan. 

Majlis serahan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Wan Hashim bin Wan Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha, Perancangan dan Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia; YBrs. Ir. Maria binti Marcus, Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB) JKR Malaysia; wakil Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan, Wakil Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia, Ketua-Ketua Bahagian JKR WP Labuan dan Jabatan Pendidikan WP Labuan, serta Pengurus Projek Layun Enterprise Sdn. Bhd dan Pengurus Projek HM Excellent Enterprise.

Projek ini telah bermula pada 25 Oktober 2022 dan siap sepenuhnya pada 28 Februari 2025. Antara skop projek ini adalah

  1. Meroboh bangunan sedia ada (Blok C) dan membina blok akademik (9 Bilik Darjah);
  2. Bilik Guru;
  3. Ruang Serbaguna;
  4. Sistem mekanikal dan elektrikal; dan
  5. Kerja-kerja luaran seperti naik taraf dan pelebaran jalan.

Penyerahan projek ini telah mencapai kejayaan dengan serahan 14 dalam 1 yang terdiri daripada:

  • Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
  • Lukisan Siap Bina;
  • Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
  • Sifar Kemalangan Maut;
  • Serahan Kunci dan Manual;
  • Coffee Table Book;
  • Serahan kepada Pelanggan kurang tiga (3) bulan selepas CPC;
  • Operational & Maintenance Manual;
  • Penjimatan Kos Dari Kos Siling Projek;
  • Zero Lost Time Injury;
  • Zero Major Defects;
  • Mencapai Kepuasan Pelanggan;
  • Laporan Pengurusan Risiko Akhir; dan
  • Videografi.

Pihak JKR WP Labuan berharap dengan siapnya prasarana sekolah ini, ia dapat meningkatkan motivasi dan prestasi pelajar, serta menyokong pembangunan pendidikan secara lestari demi memberi impak positif kepada generasi yang akan datang. Projek ini juga diharapkan dapat memperkasakan peranan guru dalam penyampaian pendidikan berkualiti, sekaligus meningkatkan kecekapan dan keefektifan proses pengajaran dan pembelajaran.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat