Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat telah mengadakan satu Pertandingan Reka Cipta Pin ‘IamJKR’ yang dibuka kepada seluruh warga JKR Malaysia bermula pada 19 Februari 2025 hingga 24 Februari 2025. Sebanyak 24 penyertaan telah diterima oleh urus setia CDPK sepanjang tempoh pembukaan penyertaan pertandingan ini.
Pemenang telah dipilih semasa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JKR pada 26 Februari 2025 dan penyampaian Sijil Anugerah serta Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 19 Mac 2025 kepada pemenang iaitu Chris Edmon Abar daripada JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 131 bacaan