Date: Selasa, March 25, 2025

Majlis Penyerahan Projek Dan Pengisytiharan Pembukaan Masjid bagi Projek Cadangan Membina Semula Masjid Papan, Kampung Pertama, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang telah berlangsung pada 14 Mac 2025 (Jumaat) bersamaan 13 Ramadhan 1446H bertempat di bangunan baharu Masjid papan, Kampung Pertama.

Majlis Penyerahan Projek disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid, Pengarah JKR Pulau Pinang bersama YB. Dato’ Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merangkap YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Sijil Penyerahan projek ini telah ditandatangani oleh Ir. Shaiful Munir Bin Leman, Jurutera Daerah JKR Daerah Seberang Perai Selatan yang menjalankan tugas Jurutera Daerah JKR Daerah Seberang Perai Tengah dan Tuan Haji Zairi Bin Mat Ali, Pengarah Pembangunan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang.

Penyerahan kunci telah diserahkan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid, Pengarah JKR Pulau Pinang kepada YB. Dato’ Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Turut hadir sama menyaksikan majlis ini adalah Tuan Norzli Bin Mat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang; Ustaz Azamir Bin Alias,Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang dan Pengerusi Kariah Masjid Papan, Tuan Haji Hassan Bin Mohamed Merah, HOPT & HODT JKR Pulau Pinang, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, wakil dari lain-lain jabatan, kontraktor dan anak-anak kariah Masjid Papan.

Projek ini merupakan projek RMKe-12 Bukan Rolling Plan yang dilaksanakan secara konvensional dalaman iaitu direkabentuk untuk kapasiti 1,050 orang jemaah dan diselia oleh Jabatan Kerja Raya.

Projek telah menerima Sijil Perakuan Kerja Siap (Certificate of Practical Completion, CPC) pada 06 Mac 2025 dan  Penyerahan Kepada Pelanggan Dalam Tempoh 3 bulan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan projek ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat