Date: Rabu, March 26, 2025

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima bagi enam (6) projek seliaan Cawangan Jalan telah diadakan pada 25 Mac 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya. Penyerahan Surat Setuju Terima ini melibatkan empat (4) projek di bawah Kementerian Kerja Raya dan dua (2) projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Surat Setuju Terima (SST) telah diserahkan untuk projek-projek seperti berikut:

  1. Menaik Aras Jalan Kota Tinggi – Mersing (FT003), Mersing, Johor;
  2. Menggantikan Pembetung FT001/891/75, Kepada Jambatan Di Laluan Jalan Paya Kemunting (Jitra) – Bukit Kayu Hitam, Kedah;
  3. Mengganti Jambatan FT2490, Jalan Perwira Jaya – Selancar, Rompin, Pahang;
  4. Mengganti Jambatan FT1292 Seksyen 2.90, Jelebu, Negeri Sembilan;
  5. Mengganti Jambatan Gantung Di Kampung Rekoh, Rompin, Pahang; dan
  6. Membina Baru Jambatan Konkrit Di Kawasan Eco Rimba Kenong Mukim Cheka 2 Serta Kerja Berkaitan.

Dalam masa yang sama, sesi penyampaian Surat Pelantikan Pegawai Penguasa Projek turut dilaksanakan bagi enam (6) projek secara dua dalam satu (2-in-1) iaitu kepada:

  1. Pengarah Pembinaan Pasukan Pengurusan Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) Dan Khas Jalan (PPKJ);
  2. Jurutera Daerah JKR Kubang Pasu;
  3. Jurutera Daerah JKR Rompin bagi 2 projek di bawah daerah Rompin;
  4. Jurutera Daerah JKR Daerah Lipis; dan
  5. Jurutera Daerah JKR Jelebu.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran ketua-ketua bahagian HOPT, HODT, BPKS dan BKUB yang terlibat dalam fasa perancangan projek-projek tersebut serta pegawai dan kakitangan KKR dan JKR.

JKR Malaysia selaku agensi pelaksana sentiasa komited dalam memikul amanah yang telah diberikan bagi memenuhi aspirasi kerajaan.  

Bersama ini dikongsikan Video Montaj Majlis Penyerahan SST untuk makluman dan rujukan warga JKR.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat