Pada 26 Mac 2025 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Cenderawasih, Menara PJD, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek di bawah Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1) iaitu Menyiapkan Baki Kerja Pembinaan Mahkamah Tinggi Syariah Daerah Tawau, Sabah.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md Hashim, Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1 dengan penyerahan dokumen SST kepada kontraktor yang berjaya.
Turut hadir adalah YBrs. Tuan Mohamad Nazri bin Mohd Nasohah, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia; YBrs. Puan Analiza binti Zakaria, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1 serta wakil-wakil HOPT dan HODT yang terlibat.
Projek ini merupakan sebuah projek di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia selaku pemilik. Objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk memberi keselesaan kepada kakitangan dalam menjalankan tanggungjawab menyelesaikan dan mengadili isu-isu di dalam bidang mahkamah. Projek yang dilaksanakan secara Konvensional Perunding ini melibatkan pembangunan kawasan seluas 0.604 hektar di Jalan Utara Tawau, Sabah.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan. Adalah diharapkan kejayaan penyerahan SST ini dapat dijadikan semangat kepada semua pihak dalam urusan pelaksanaan projek yang seterusnya. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha keras merealisasikan projek ini.
JKR selaku agensi pelaksana komited memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan di dalam kontrak.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 460 bacaan