Date: Khamis, March 27, 2025

Pada 25 Mac 2025 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa Projek bagi Projek Menaik Taraf Sistem Elektrifikasi di KVDT (Tender Semula).

Majlis penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman,Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra). Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Waznah binti Abdul Aziz, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP); Ir. Nurrul Hudha Haryati binti Amzah, Jurutera Awam Penguasa Kanan CKIP; En. Ahmad Syahir bin Mohd Nasir, Ketua Penolong Setiausaha Kanan selaku wakil Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT); HOPT, HODT, PMO dan kakitangan CKIP yang terlibat dalam fasa perancangan. Majlis diteruskan dengan sesi Penyampaian Surat Lantikan Pegawai Penguasa Projek kepada Pengarah CKIP.

Projek ini bakal memberikan memberi impak yang tinggi dalam memperkasakan sistem pengangkutan kereta api elektrik serta meningkatkan keboleharapan sistem elektrifikasi rel khususnya bagi kereta api di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).

Selain itu juga, projek ini bertujuan untuk mengurangkan gangguan serta memastikan Alat Talian Atas sentiasa berada di dalam kondisi yang terbaik dan juga selamat untuk pengoperasian tren, pekerja dan orang awam.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan.

Diharap kejayaan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) ini dapat dijadikan semangat kepada ‎semua pihak dalam urusan pelaksanaan projek ‎seterusnya.‎ 

JKR selaku agensi pelaksana komited dalam memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti, dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan dalam kontrak. 


#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat