Date: Jumaat, April 11, 2025

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. NOOR ASHIKIN BINTI MD TAMIMI yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 11 April 2025.

Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Jurutera Elektrik Gred J3 di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia pada 15 November 1993.Beliau juga telah berkhidmat lebih 32 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1993 – 1999: Jurutera Elektrik Gred J3, Unit Latihan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
  2. Tahun 1999 – 2004: Jurutera Elektrik Gred J3, Unit Rekabentuk D, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
  3. Tahun 2004 – 2005: Jurutera Elektrik Kanan Gred J48, Unit Perunding Rekabentuk 1, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
  4. Tahun 2005 – 2006: Jurutera Elektrik Kanan Gred J48, Unit Perunding Rekabentuk Kerja Infrastruktur & Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
  5. Tahun 2006 – 2013: Jurutera Elektrik Penguasa Gred J52, Kumpulan Keselamatan, Bahagian Perunding Rekabentuk Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
  6. Tahun 2013 – 2015: Ketua Penolong Pengarah Kanan Gred J54, Unit Pelaksanaan Dasar, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks (PROKOM), Ibu Pejabat JKR Malaysia;
  7. Tahun 2015 – 2015: Jurutera Elektrik Penguasa Kanan Gred J54, Kumpulan Kesihatan, Bahagian Perunding Rekabentuk Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia;
  8. Tahun 2015 – 2020: Jurutera Elektrik Penguasa Kanan Gred J54, Unit Perunding Rekabentuk Jalan & Pengangkutan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia; dan
  9. Tahun 2020 – 2025: Pengarah Perkhidmatan Pakar Gred VU7, Bahagian Perkhidmatan Pakar Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan.

Antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  • Jurutera Profesional (PEPC) (2015); dan
  • Jurutera Profesional (PE) (2010).

b) Lain-Lain Kekompetenan

  • Certified Construction Project Manager (Level 6) CIDB) (2021);
  • Registered Project Manager (RPM) (2015); dan
  • Asean Chartered Professional Engineer (2019).

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Pengerusi / SO Jawatankuasa Lanjutan Masa CKE (Solar SEDA / KPM, CCTV SPRM / KDN) (2024 & 2025);
  • Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Operasi Enterprise Risk Management (ERM) CKE (2020-2025);
  • Penasihat Manual Jadual Kadar Harga Kerja Elektrik (2023 & 2025);
  • Pengerusi / SO Jawatankuasa Perubahan Kerja (Solar SEDA / KPM, CCTV SPRM / KDN) CKE;
  • Pengerusi Specification For Low Voltage Automatic Power Factor Equipment (LS-2);
  • Pengerusi Garis Panduan Lampu Jalan Cekap Tenaga Untuk Pemasangan Baharu dan Sedia ada Projek Kerajaan JKR (2018 – 2020);
  • Pengerusi Manual Pelaksanaan IBS Bagi Kerja Elektrik CKE Bil. 1.0; dan
  • Pembentang Bicarawara: Memeta Transisi Pelan Strategik JKR Malaysia (Tema 5: Organisasi Inovatif) di SOC JKR (2024).

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Pengerusi Working Group On Road Lighting (WG/S/3-3) Jabatan Standard Malaysia (2020-2025);
  • Panel Temuduga Urusan Pemangkuan Pangkat (P&P) JKR Malaysia (Kejuruteraan Elektrik) (2024);
  • Panel Penilai Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR (Disiplin Elektrik) (2022-2024);
  • Panel Temuduga Urusan Pemangkuan Pangkat (P&P) JKR Malaysia (Kejuruteraan Awam) (2024); dan
  • Panel Temuduga Urusan Pemangkuan Pangkat (P&P) JKR Malaysia (Kejuruteraan Awam & Ukur Bahan) (2022).

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Sijil Perkhidmatan Cemerlang Tahun (1999);
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun (2008); dan
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun (2020).

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga Ir. NOOR ASHIKIN BINTI MD TAMIMI dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat