Date: Selasa, April 8, 2025

CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM
(MySTEP) TAHUN 2025

Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia ingin mempelawa warganegara yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Mystep seperti jawatan berikut : -

JAWATAN

KEKOSONGAN

KELAYAKAN

UPAH (RM)

Penolong Jurutera

1

Diploma

1,900.00


SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Mempunyai kelayakan Diploma in Civil Engineering
  4. Calon mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang Geotechnic dan Geographic Information System (GIS) / Geomatik / Geoinformatik / Geography sangat dialukan dan diberi keutamaan
  5. Mahir menggunakan perisian GeoStudio, ESRI (ArcMap / ArcGIS Pro, Arcscene), Agisoft, Global Mapper, Pix4D, Quick Terrain dan Google Earth
  6. Mempunyai kemahiran pengurusan data geospatial
  7. Boleh bekerja lebih waktu di pejabat tanpa bayaran lebih masa
  8. Boleh melaksanakan tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.


CARA MEMOHON:

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut sebelum atau selewat-lewatnya pada 18 April 2025 (Jumaat) :-

  1. Perlu mengemukakan resume berserta gambar terkini
  2. Mengisi Borang Permohonan yang dilampirkan bersama
  3. Salinan Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan

Sila emelkan permohonan tuan/puan di alamat emel berikut : pentadbiran_ckc [at] jkr.gov.my / elya [at] jkr.gov.my atau di talian 03-26107343

Hanya calon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas sebulan dari tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya.