Sukacita dimaklumkan Ir. Ts. Dr. FAZILAH BINTI HATTA @ ANTAH, Jurutera Awam Kanan, Gred J12 daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia telah berjaya menyempurnakan pengajian Ijazah Kedoktoran, Ph.D melalui Cuti Belajar Bergaji Penuh sesi 2020 dan dianugerahkan DOKTOR FALSAFAH (KEJURUTERAAN AWAM). Penganugerahan ini berkuatkuasa pada 08 April 2025 oleh Mesyuarat Senat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau telah menyempurnakan kajian bertajuk "DEVELOPMENT OF A STRATEGIC FRAMEWORK FOR THE USE OF LiDAR TECHNOLOGY IN ROAD DESIGN WORKS".
Beliau telah menerbitkan dua (2) jurnal berimpak tinggi berindeks Web of Science (WOS) kategori Q2 seperti berikut:
- Fazilah Hatta Antah, Muhamad Azry Khoiry, Khairul Mizam Abdul Maulud, Azlina Abdullah. (2021). Perceived Usefulness Of Airborne Lidar Technology In Road Design And Management: A Review. - Sustainability. 1-23.
- Fazilah Hatta Antah, Muhamad Azry Khoiry, Khairul Nizam Abdul Maulud, And Ahmad Nazrul Hakimi Ibrahim. (2022). Factors Influencing The Use Of Geospatial Technology With Lidar For Road Design: Case Of Malaysia. - Sustainability. 1-19.
Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kepada warga JKR untuk meningkatkan kompetensi dalam bidang masing-masing.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 19099 bacaan